Mengenai RASAfm


  • Sejarah

    Merupakan stesen keempat yang dilancarkan di luar Kuching, RTM SRI AMAN telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak yang ke-empat, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 21 Oktober  1982.


    Pembinaan stesen ini bermula dengan pembinaan stesen pemancar pada tahun 1979 di sebuah tapak yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman.Kemudian di ikuti dengan pembinaan Bangunan Penyiaran pada tahun 1981 dengan kos hampir 2.67 juta ringgit di atas sebidang tanah yang hanya satu kilometer dari pusat Bandar.


    Bangunan penyiaran ini menempatkan ruang- ruang pejabat bagi bahagian rancangan, Kejuruteraan dan pentadbiran.


    Bangunan ini turut mempunyai kemudahan seperti Studio, Bilik fasiliti berita, Bilik pusat kawalan, auditorium dan Bilik senggara dan Unit SiaranLuar. Dengan kekuatan lebih 30 orang kakitangan, RaSAFM menyiarkan siaran tempatan selama tiga jam sehari bermula pukul 6 petang sehingga 9 malam bagi perkhidmatan Melayu, sumbangan program bagi perkhidmatan Iban tiga kali seminggu selama tiga jam melalui siaran Waifm dan sumbangan bahan untuk perkhidmatan Cina sekali seminggu.

  • Carta Organisasi

    Sedang dikemaskini

  • Visi, Misi dan Objektif

    OBJEKTIF OPERASI

    1. MENYAMPAI DAN MENYEBAR MAKLUMAT RASMI KEERAJAAN MELALUI MEDIA ELEKTRONIK
    2. MENERBITKAN DAN MENYIARKAN MELALUI MEDIA ELEKTRONIK
    3. MENILAI KESESUAIAN DAN KUALITI RANCANGAN SUPAYA MENEPATI PIAWAIAN PENYIARAN
    4. MEMPROMOSIKAN KEMPEN DAN MESEJ KERAJAAN
    5. MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR PENYIARAN YANG EFEKTIF DAN MENEPATI PIAWAIAN YANG DITETAPKAN
    6. MELATIH PEGAWAI DAN KAKITANGAN SUPAYA LEBIH EFISIEN DAN EFEKTIF

    VISI

    UNTUK MENJADI SEBUAH BADAN PENYIARAN NEGARA YANG UTAMA DAN DINAMIK BERTARAF DUNIA

    MISI

    MENYIARKAN MAKLUMAT DAN PROGRAM HIBURAN RADIO DAN TELEVISYEN YANG BERKUALITI DAN BERDAYA SAING DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TERKINI SERTA MENEPATI CITARASA AUDIENS KE ARAH MENCAPAI WAWASAN 2020

    OBJEKTIF UMUM

    MEMBERI DAN MENYEBARKAN MAKLUMAT MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN BAGI MEMBINA SIKAP PERIBADI, PEMIKIRAN DAN NILAI-NILAI YANG SESUAI UNTUK MEMAJU, MENJAYAKAN DAN MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI MASYARAKAT SELARAS DANGAN CITA-CITA NEGARA